Sunday, January 22, 2012

Azizan penggodam Buku Jingga


AUKU adalah undang-undang draconian  yang dicipta oleh regim Barisan Nasional untuk meghalang dan menyekat kebangkitan mahasiswa pada era 70an. Sehingga kini undang-undang ini masih digunapakai untuk menyekat kebebasan mahasiswa walaupun terdapat beberapa pindaan yang hanya bersifat kosmetik.
.
Pakatan Rakyat secara jelas dalam Buku Jingga ingin memansuhkan terus AUKU tetapi tindakan MB Kedah dari PAS  Azizan Razak secara jelas telah bertindak menggunakan AUKU terhadap mahasiswa Kolej Universiti  Insaniah(KUIN) di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah yang dikuasai Pakatan Rakyat.

Selaku MB kedah beliau  harus sedar bahawa tindakkanya menggunakan AUKU  ini  telah menyebabkan janji Pakatan Rakyat untuk menghapuskan AUKU di dalam Buku Jingga  dianggap retorik dikalanganmahasiswa.Walaupun memerima banyak  kecaman dari pelbagai pihak termasuk dari pimpinan PR sendiri dan gerakan-gerakan mahasiswa  Azizan Razak masih bersikap ofensif dalam menghadapi serangan-serangan tersebut. Azizan telah menunjukkan sikap bebal dan sombong apabila berhadapan dengan mahasiswa.


Cara dan tindakan Azizan menggunakan AUKU ini adalah satu penghinaan jelas kepada gerakan mahasiswa secara keseluruhanya. Mahasiswa adalah golongan cerdik pandai yang pemikiran mereka tidak boleh dijajah sewenang-wenangnya. Suara mahasiswa jangan dipandang sebelah mata, peranan mereka harus diiktiraf suara mereka hendaklah di dengar oleh pihak pemerintah.


Mahasiswa adalah golongan yang tiada kepentingan politik mereka berjuang atas kebenaran dan kebebasan jika Azizan terus dengan sikap egonya untuk tidak menyelesaikan masalah KUIN ini secara berhemah jangan terkejut sekiranya  mahasiswa dengaan segala kekuatan yang ada bertindak menjatuh dan memghumban pemimpin ini dalam PRU 13 nanti. Azizan harus bersedia menerima balasanya terhadap sikap pekak dan tulinya dalalam menengani isu KUIN ini.


Sedarlah wahai Azizan jangan jadi pencacai tua yang menyusahkan orang muda,kalau sudah tidak mampu memikul amanah sebagai pemimpin serahlah saja pada yang lebih layak.

1 comment:

  1. Di UNISEL apa kurngnya? Setelah Datuk Rosti berundur, kini semua pimpinan pengurusan tertinggi UNISEL termasuk Pendaftar merupakan orang2 PAS. Sila SIASAT: (1) apa yang telah mereka lakukan selepas era Datuk Rosti (2) siapa 2-3 prof kangkung yg merupakan org2 UMNO yang menjadi pengipas mereka (3) apa yang mereka lakukan skrg yg tak ubah spt yg dilakukan oleh regim Rosti hingga menghilangkan sokongan ramai kakitangan UNISEL. Mengapa lihat jauh di Kedah semata-mata? Ni di depan mata kenapa tak siasat? Wallahua'lam.

    ReplyDelete