Tuesday, May 15, 2012

MERDEKA RAKYAT 284

Biar apapun persepsi  umum tentang perhimpunan  Bersih 3.0 Duduk&Bantah 284 kerana  mesej  yang telah  disampaikan sudah jelas kepada dunia. Perhimpuan kali ini adalah satu lagi simbol keramat kebangkitan bangsa Malaysia.Selepas Bersih 1 dan Besih 2.0 sekali lagi rakyat Malaysia bangkit dengan berani menyatakan hak mereka selapas sekian lama terkonkong dengan demokrasi pincang yang telah diperkosa regim.

Rakyat Malaysia sudah bangun dan  mereka sudah tahu apa hak mereka.Regim tidak boleh lagi mengula-gulakan mereka dengan rasuah-rasuah politik menjelang pilihanraya.Apa yang membuatkan regim lebih takut kali ini adalah disaat semua gula-gula politik sudah ditaburkan di seluruh Malaysia dengan jenama 1 Malaysia. Mereka terkgejut mellihat lautan gelombang  kuning yang membuatkan mereka pening memikirkan apa yang telah terjadi setelah semua yang ada telah dilaburkan.

Golongan muda adalah tunjang kepada pehimpunan kali ini kerana mereka tahu jika mereka tidak bangkit mereka bakal mewarisi sebuah negara yang rosak dan hancur.Bagi mereka sudah tiada masa lagi untuk terus berada dalam regim yang sentiasa memperkudakan segala sistem yang ada untuk terus mengekalkan kuasa.


Kali ini juga kita dapat saksikan  juga bagaimana persaudaraan dan kesepakatan seluruh bangsa Malaysia untuk sama-sama membina tamadun bangsa Malaysia yang baru. Mereka sudah muak dan bosan dengan politik yang sentiasa memperalatkan suku kaum dan warna kulit.Bangsa Malaysia sudah membuktikan mereka sudah punya cita-cita besar untuk mecorak Malaysia baru yang lebih unggul dan dihormati.

Persentankanlah semua cakap-cakap yang datang dari RTM dan Tv3 serta yang sekutu dengannya kerana mereka tahu tahap maksima pembohongan dan putar belit mereka sudah sampai penghujunya. Ayuh seluruh yang bernama rakyat Malaysia kita pugar apa yang telah kita hilang selama ini kerana kita semua adalah rakyat yang sudah MERDEKA !!!

“ jika September 1998 tercetusnya reformasi dan 28 april adalah merdeka rakyat”
Anwar Ibrahim













Sunday, January 22, 2012

Azizan penggodam Buku Jingga


AUKU adalah undang-undang draconian  yang dicipta oleh regim Barisan Nasional untuk meghalang dan menyekat kebangkitan mahasiswa pada era 70an. Sehingga kini undang-undang ini masih digunapakai untuk menyekat kebebasan mahasiswa walaupun terdapat beberapa pindaan yang hanya bersifat kosmetik.
.
Pakatan Rakyat secara jelas dalam Buku Jingga ingin memansuhkan terus AUKU tetapi tindakan MB Kedah dari PAS  Azizan Razak secara jelas telah bertindak menggunakan AUKU terhadap mahasiswa Kolej Universiti  Insaniah(KUIN) di bawah pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah yang dikuasai Pakatan Rakyat.

Selaku MB kedah beliau  harus sedar bahawa tindakkanya menggunakan AUKU  ini  telah menyebabkan janji Pakatan Rakyat untuk menghapuskan AUKU di dalam Buku Jingga  dianggap retorik dikalanganmahasiswa.Walaupun memerima banyak  kecaman dari pelbagai pihak termasuk dari pimpinan PR sendiri dan gerakan-gerakan mahasiswa  Azizan Razak masih bersikap ofensif dalam menghadapi serangan-serangan tersebut. Azizan telah menunjukkan sikap bebal dan sombong apabila berhadapan dengan mahasiswa.


Cara dan tindakan Azizan menggunakan AUKU ini adalah satu penghinaan jelas kepada gerakan mahasiswa secara keseluruhanya. Mahasiswa adalah golongan cerdik pandai yang pemikiran mereka tidak boleh dijajah sewenang-wenangnya. Suara mahasiswa jangan dipandang sebelah mata, peranan mereka harus diiktiraf suara mereka hendaklah di dengar oleh pihak pemerintah.


Mahasiswa adalah golongan yang tiada kepentingan politik mereka berjuang atas kebenaran dan kebebasan jika Azizan terus dengan sikap egonya untuk tidak menyelesaikan masalah KUIN ini secara berhemah jangan terkejut sekiranya  mahasiswa dengaan segala kekuatan yang ada bertindak menjatuh dan memghumban pemimpin ini dalam PRU 13 nanti. Azizan harus bersedia menerima balasanya terhadap sikap pekak dan tulinya dalalam menengani isu KUIN ini.


Sedarlah wahai Azizan jangan jadi pencacai tua yang menyusahkan orang muda,kalau sudah tidak mampu memikul amanah sebagai pemimpin serahlah saja pada yang lebih layak.

Thursday, January 12, 2012

KEMENANGAN 901


     Momen 901 angka penting bagiku secara peribadi juga menjadi simbolik penting untuk seluruh warga Malaysia serta menjadi detik penting satu pembebasan  konspirasi politik jahat oleh sang penguasa yang zalim.


Setelah 6 tahun merengkuk dalam penjara atas tuduhan palsu yang pertama dan 3 tahun disibukkan dengan kes yang direkayasa  akhirnya atas takdir Yang Maha Esa mengatasi semua perancangan jahat manusia yang tidak punya harga diri dengan  diiringi doa seluruh rakyat Malaysia  Dato’ Seri Anwar Ibrahim akhirnya telah dibebaskan dari tuduhan palsu yang menjijikkan itu.

Apabila diumum bahawa Dato’ Seri Anwar dibebaskan dengan tuduhan fitnah jijik  ke 2 ini seluruh yang berada di Kompleks Mahkamah Jalan Duta yang dari pelbagai lapisan rakyat  serta pelbagai peringkat bagaikan sebak dan terharu di atas berita luar jangka ini dan semua berpelukan satu sama lain ada yang menangis terharu atas pembebasan pemimpin yang banyak melalui ranjau berduri didalam perjuangan ini bukan sedikit dugaan yang ditempuh beliau. Bukan semua orang mampu menempuhi dugaan sebegini.


Ayuh semua bualatkan tekad diatas kemengan 901 ini untuk melakar kejayaan kejayaan yang lebih bermakna .Semoga detik  simbolik 901 menjadi satu lagi titik penting untuk satu perjuangan yang panjang mebina sebuah negara madani  yang diredhai tuhan dan mementingkan kesejahteran rakyat.


Alhamdulilah sujud syukur kepada ilahi yang sudah memakbulkan doa seluruh rakyat Malaysia untuk melihat keadilan ditegakkan.