Thursday, December 22, 2011

WE ARE ALL ADAM ADLI




        Minggu ini gegak gempita seluruh negara membicarakan soal menurunkan bendera,itu baru mahasiswa menurunkan bendera belum lagi menurunkan sesuatu regim. Ada yang menyokong tindakan tersebut tak kurang pula yang mengecam perbuatan tersebut lalu terdengarlah teriakan panglima melayu yang sedia meludah dan menampar mahasiswa.


Adam Adli adalah mahasiswa yang menurunkan gambar(bukan bendera) Najib Razak dan menggantikanya dengan bendera Academic Freedom sebagai simbolik kepada tuntutan yang dituntut oleh mahasiswa.



Adam Adli kamu sudah menggoncang dan  mengoyahkan regim ini dengan kuasa mahasiswa.Seluruh mahasiswa bangga dengan kamu. Kamu telah mencipta sejarah yang akan dibaca generasi akan datang.Biarpun apapun terjadi terhadap kamu seluruh mahasiswa akan bertindak. 

WE ARE ALL ADAM ADLI
STUDENT POWER



Friday, October 28, 2011

Nilai Kebebasan Akademik

          Ahli akademik adalah penting dalam usaha meningkatkan kecemerlangan sesebuah IPT dan membentuk mahasiswa yang berketerampilan untuk menghasilkan modal insan dengan minda kelas pertama.

Sebelum ini warga akademik dikejutkan dengan isu pengantungan tugas pakar perlembagaan Prof. Abdul Aziz Bari yang juga pensyarah kanan Kulliyah Undang-undang UIA dan disiasat oleh Pihak polis dan mungkin akan didakwa.
Kesalahannya cuma "memperbetulkan" tindakan sultan selangor dalam menangani isu DUMC dan JAIS.Dia bercakap atas kapasitinya sebagai seorang ahli akedemik dan pakar perlembagaan.Sepatutnya semua pihak harus mengambil peduli apa yang ditegur oleh akademik bukan menghalangnya dari bercakap.

Kita bukan mahu ahli akedemik pengampu dan pemanipulasi kebenaran sebagai contoh dalam polemik isu Bukit Kepong seorang ahli akedemik yang juga ahli majlis profesor negara telah mengatakan Malaysia tidak pernah dijajah oleh British sedangkan semua kita maklumi bahawa Malaysia adalah sebuah negara bekas tanah jajahan British.Kalau kita tidak pernah dijajah oleh British apa perlu Najib Razak menghadiri persidangan CHOGM di Perth sekarang.

Sebagai mahasiswa kami semua mengharapkan ahli akademik yang mampu merobah dan mencerna pemikiran mahasiswa agar dapat menjadi modal insan yang mampu memberi impak dalam menjadi jurubicara rakyat dan negara.Jangan disekat kebebasan berakedemik,yang salah selamanya salah dan yang betul sampai ke akhirnya betul.

Sunday, July 31, 2011

Saturday, July 30, 2011

ANFIELD DI TIMUR

          Kunjungan Liverpool F.C. ke Malaysia amat dinanti-nantikan oleh seluruh peminatnya di sini.Ini merupakan kunjungan kali pertama kelab tersebut ke Malaysia.Kedatangan skuad kendalian Kenny Danglish ini adalah dalam siri jelajah asia 2011 kelab tersebut. Malaysia adalah destinasi persinggahan kedua mereka.



Anfield in the EAST


Kenny Danglish Squad



You'll Never Walk Alone


Tanah Tumpah Darahku




Testimoni Generasi 709

9 julai 2011 merupakan tarikh penting buat seluruh rakyat Malaysia yang menyanjung tinggi proses demokrasi yang diamalkan di Malaysia.Satu permulaan kepada sebuah pembentukan masyarakat madani yang mendambakan sebuah negara yang mengankat sistem nilai bermasyarakat yang tinggi.

We are Malaysian Malaysia
Tarikh itu juga dapat kita lihat ramai anak muda dari pelbagai latar belakang telah sama-sama mahu menjadikan gelanggang ini sebagai satu medan kepada mereka agar suara mereka didengar oleh regim yang berselindung di sebalik penguasa yang dipertanggungjawab menjaga keselamatan rakyat tetapi telah bertindak melindungi pemerintah yang menindas dan menafikan hak rakyat untuk bersuara dan berhimpun . Sebagai anak muda yang masih sayangkan negara ini pasti kita semua mahu mencipta satu sejarah baru yang akan dibaca generasi akan datang.

We are big Malaysian families
Ayuh generasi 709 sama-sama kita tunjukkan kepada dunia bahawa rakyat Malaysia bukan lagi rakyat yang boleh dicucuk hidung oleh regim yang zalim ini.Kita masyarakat kelas pertama yang menginginkan sebuah negara bangsa yang merdeka fizikal dan mental serta boleh menjadi penentu masa depan Malaysia.



Sunday, May 15, 2011

APABILA TIBA 16 MEI

Sobahalkhair ya ustaz..sobahalkhoir ya ustazah...good morning teacher...selamat pagi cikgu.....adalah kata-kata yang masih terngiang-ngiang dalam kotak fikiran aku.Sesungguhnya bila di imbau kembali alam persekolahan megembalikan nostalgia yang bukan kepalang bagiku.



Taski ABIM Jalan Datuk Kumbar adalah tempat pertama yang mengenalkan aku seorang insan yang bernama CIKGU. Disinilah juga bemulanya tempat yang menagajar aku mengenal  aliff...baa...taa....A..B.C dan 1.2.3.Gelak,tawa,nangis,manja aku disinilah juga tempatnya yang pertama.
Cikgu Zakiah....bila disebut namanya membuatkan aku tertawa sendirian tetapi biarlah apa yang aku tertawa itu menjadi rahsia aku untuk membuat aku terus tertawa.






Pertama kali beruniform mamasuki tahun satu membuatkan hatiku berbolak-balik tertanya-tanya tentang apakah yang bakal aku tempuhi ini sama dengan apa yang aku tempuhi sebelum ini.Tenyata disini membuatkan mata aku lebih luas terbuka untuk mengenal alam ciptaan ilahi. Cikgu Intan membuatkan aku  terpesona  melihat kecantikan tulisan tangannya dan Teacher Shikin membuatkan aku terpinga-pinga medengar tuturannya.Sepanjang  kurang lebih 6 tahun di alam sekolah rendah yang mengingatkan aku pelbagai pegalaman pahit manisku dengan segala konflik,suka dan duka bersama warga pendidik disini membuat aku terfikir sejenak apakah ini pengalaman biasa seorang kanak-kanak atau pengalaman luar aku sendiri.Pak Su adalah adalah insan terpenting yang membuatkan aku belajar mengenal erti permulaan sebuah kehidupan yang lebih bermakna .Sekolah Rendah Islam Alor Star adalah destinasi  persinggahan terpenting untuk aku melangkah memasuki alam remaja yang menanti aku dengan pelbagai cabaran dan tribulasi kehidupan.


 















Aku mejengah ke alam pendidikan menengahku di Maktab Mahmud Alor Star sebuah institusi agama yang terkenal di seantero Kedah juga Malaysia apakah aku harus merasa bangga menjadi sebahagian daripadanya warganya ataupun terpaksa kerana menurut kehendak keluarga.Sungguh alam remaja ini menjajikan seribu satu macam benda yang sebulum ini menjadi khayalan yang akan menjadi kenyataan apabila tiba waktunya.Sheikh Yusoff Ahmad  telah cuba untuk mengingatkan aku tentang penipuan dunia khayalan di alam remaja tetapi aku anggap semua ini adalah sebahagian yang apa harus aku lalui untuk menikmati keseronokan alam remaja.Setelah tiga tahun berlalu disini aku ditakdirkan untuk meninggalkan tempat yang banyak melahirkan tokoh serta ilmuan islam ini.

Memulakan azam serta langkah baru kehidupan untuk aku menebus kembali segala kesilapan dan kelalaian sebelum ini. Disini aku mengenal suasana baru, budaya baru dan persekitaran baru yang belum pernuh aku tempuhi sebelum ini.Teknik Arau adalah batu loncatan untuk aku terus membina keyakinan diri untuk mendapat apa yang aku idamkan selama ini.Kelembutan tutur kata Cikgu Ros membuatkan aku terus termotivasi dengan sendirinya.Cikgu Nizom dan Cikgu Din membuat aku terfikir sejenak apa yang harus aku lakukan untuk mencapai apa yang aku kehendaki untuk mencapai sesuatu impian.Dan ALHAMDULILAH disini aku temui permulaan lorong kejayaan yang aku idamkan selama ini


















Sengaja aku cebiskan coretan hidupku di alam persekolahan untuk mengingatkan kita semua kembali insan yang bernama GURU yang sering kita lupai.Saban tahun apabila tiba 16 mei ucapan inilah yang selalu diungkapkan iaitu SELAMAT HARI GURU

Secara peribadi inilah yang mampu aku katakan kepada semua cikgu,ustaz,ustazah.sir dan teacher yang pernah mendidik aku sebelum ini jasa kalian semua begitu bermakna dalam hidupku

TASKI ABIM
cikgu zakiah
*ini ja yang aku ingat sebab ini ja cikgu yang aku suka dan sayng masa kecik

SEKOLAH RENDAH ISLAM ALOR STAR
pak su,cikgu intan,teacher shikin,ustaz zul,ustaz shukri,cikgu zalida,cikgu zainab,ustazah fatimah,cikgu nazimah...cikgu hasiah.ustzah shamsurah,ustzah zakiah,us.lan,teacher anita,cikgu shimah,teacher juhara,ustzah hajizah,ustaz roshdi
*maaf banyak2 ini ja nama2 yang aku selalau bermain di kepala aku tapi insyallah jasa semua guruku aku ingat sampai mati

MAKTAB MAHMUD ALOR STAR
sheikh abdullah haron,shiekh yusof, us.kahiruzi,ustzah maslina.ustazah roshada,cikgu suraya.ustaz zaini,cikgu syukron,cikgu shahida,cikgu hamidon
*3 tahun ja kat sini tapi muka semua aku ingat walau nama tak dak kat cni

SEK MEN.TEKNIK ARAU
cikgu nizom,cikgu din,cikgu nazri,cikgu ros,cikgu suhaila,cikgu aishah,ustazah rosliza,teacher zaizati,cikgu din sains,cikgu zul dan pak herol
*aku rasa aku dah sebut semua nama yang ajaq aku kat cini tapi klaw tak disebut maaf ek















Tuesday, March 22, 2011

Adakah Najib dan Rosmah sudah terdesak....???

Sekali lagi seluruh rakyat Malaysia dikejutkan dan digemparkan dengan lakonan lucah regim UMNO-BN. Apakah sudah tidak ada modal lain yang boleh diharapkan untuk menghancurkan kekuatan Anwar Ibrahim. RTM-TV3 sudah mengatakan BN sudah medapat kembali kepercayaan rakyat jadi mengapa perlu desperado sangat melancarkan cerita lucah di ambang Pilihan Raya Sarawak.

Sebagai anak muda yang mengikuti perkembangan politik tanah air saya  malu dengan dongeng terbaru yang dicipta Rosmah anak Mansor ini. Inikah permainan politik di alam Melayu Malaysia yang moden ini serta sudah tidak ada idea lainkah untuk menjatuhkan lawan. Skrip yang dicipta Rosmah ini sudah tidak lagi memberahikan golongan muda untuk menontonnya. Pesanan kepada Rosmah belajarlah dari Yusry dan Kabir Bhatia bagaimana untuk mencantikkan jalan ceritanya yang membangkitkan klimaks yang menggemparkan. Rasaya Ariel peterporn pun sanggup membantu Rosmah untuk mendapatkan shoot yang cantik dan menarik.

Sesungguhnya setiap pejuang yang muncul di muka bumi akan diuji dengan dugaan serta fitnah dan tibulasi yang hebat. Mungkin ujian yang menimpa DSAI ini adalah hikmah kepada semua rakyat  Malaysia untuk melihat regim yang ada sekarang ini sanggup melakukan apa saja asalkan kuasa kekal ditangan mereka bak kata isteri Rosmah."biar berkecai tulang belulang Putrajaya akan ku Pertahankan" ini adalah amaran yang jelas lagi nyata untuk mengugut siapa saja yang berani menjatuhkan regim ini.

Ayuhlah rakyat Malaysia negara-negara lain sudah melihatkan kepada kita bahawa setiap diktator yang ada akan jatuh jua ditangan rakyat. Hak kita sudah dicabul harta kita sudah dirampas di tangan keparat Rosmah dan Najib. Apakah kita ingin melihat  kekejaman dan fitnah yang berlaku di depan mata kita ini berlalu begitu sahaja.

Sunday, March 6, 2011

TAHNIAH RAKYAT MERLIMAU DAN KERDAU !!!

         Merlimau dan Kerdau sudah mempunyai YB masing-masing. Ucapan  tahniah kepada rakyat di kedua-dua kawasan  ini kerana mengekalkan status quo kepada kerajaan Rosmah Mansur. Keputusan ini memang sudah dijangka dari awal oleh pemerhati politik. Ini adalah lanjutan  kemenagan BN  di Tenang Johor. Dengan berakhirnya PRK di dua tempat ini maka segala rezeki yang turun disana habis dibahagi kepada marahen-marhaen disana. Mungkin kemenanagan  juga memberi ilham Najib Razak untuk mempercepatkan Pilihan Raya Umum 13.

Rakyat di kedua-dua kawasan mungkin sudah melupai kesusahan mereka selama ini kerana sudah berjumpa dengan pemimipin yang tinggal di Sri Perdana Putrajaya  berjumpa mereka dengan kucupan mesra . Mereka sudah mendapat Kain Batik untuk ke kebun dengan melalui  mini tar baru yang hitam berkilat. Persetankanlah kebocoran dan ketirisan wang negara kerana kami sudah mendapat projek-projek yang membangunkan kawasan mereka setanding kota London dan Paris.Ini adalah bukti  kehebatan kerajaan yang telah kami pilih sekian lama bak kata Naib Presiden PAS  Tuan Ibrahin Tuan Man sungai pun  boleh dibuat oleh kerajaan yang berjasa kepada rakyat ini. Rakyat di Merlimau dan Kerdau juga beruntung  dapat menatap semula wajah perempuan yang bernama Umi Hafilda  yang  menyatakan bahawa di tahu segala-galanya tentang DSAI kerana kehilanganya  menjadi misteri sebelum ini tetapi itulah keajaiban Malaysia yang orang boleh hilang,bunuh tanpa motif dan  liwat tanpa bocor.

Kekalahan  ini mungkin memeberi tamparan hebat kepada Pakatan Rakyat kerana kekalahan berterusan Pakatan Rakyat kebelakangan ini dan merencatkan persiapan  menghadapi Pilihan Raya Negeri Sarawak serta PRU 13. Persoalan mungkin timbul adakah sokongan rakyat kembali kepada BN. Kemerosotan prestasi PR harus diberi perhatian oleh pimpinan PR untuk segera melakukan bedah siasat berikutan kekalahan ini. Pimpinan PR harus mula mengembalikan sokongan pengundi melayu kepada Pakatan Rakyat untuk membuktikan bahawa cita-cita ke Putrajaya bukanlah lamunan kosong semata-mata.

Tetapi diktator-diktator di atas harus ingat bahawa  KAMU BOLEH TIPU SEBAHAGIAN  DARIPADA RAKYAT DI BEBERAPA KETIKA TETAPI KAMU TIDAK BOLEH MENIPU SELURUH RAKYAT PADA SETIAP WAKTU…

Monday, February 14, 2011

CANSELOR BARU UNIVERSITI SELANGOR


   Pro-canselor Universiti Industri Selangor Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda dipilih menggantikan isteri perdana menteri Rosmah Mansor sebagai canselor baru universiti milik kerajaan negeri itu.Menurut sumber, pelantikannya akan berkuatkuasa pada 21 Februari depan dan beliau dijadual menerima watikah daripada Sultan Selangor pada sebelum 9 Mac ini.

Pengumunan pengganti Rosmah itu sekali gus bakal menghentikan spekulasi penggantinya dan lobi-melobi ke jawatan itu.Beberapa nama yang pernah dicadangkan sebelum ini antaranya Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, bekas timbalan presiden PKR Dr Syed Husin Ali dan tokoh akademik Khoo Khay Kim.

Kekosongan Raja Arshad akan diisi oleh Tan Sri Ismail Adam.

Raja Arshad merupakan pengerusi Maxis Berhad dan anggota lembaga pengarah Sime Darby Berhad.Beliau juga terlibat dalam kerja kemasyarakat apabila menjawat jawatan pengerusi Yayasan Raja Muda selain menjadi anggota Dewan DiRaja Selangor dan majlis penasihat kepada Sultan Selangor.

Berakhirlah sudah pelbagai spekulasi tentang siapakah canselor universiti milik kerajaan selangor ini.
sebelum ini banyak nama-nama tokoh disebut untuk mengisi jawatan yang ditinggalkan oleh Rosmah Mansor,

Sebagai sebahagian daripada warga kampus unisel memanglah kami berbesar hati menerima perlantikan ini sebagai sesuatu yang positif dan sekurang-kurangnya permintaan mahasiswa unisel untuk mencalonkan canselor yang bukan daripada kalangan ahli politik didengar oleh Kerajaan Selangor. Ini adalah salah satu contoh manifestasi  kerajaan yang pragmatik dan responsif.

Moga dengan perlantikan  seorang Tokoh ekonomi ini untuk menerajui kampus ini dapat meningkatakan daya saing UNISEL diperingkat nasional dan global serta menjadikan UNISEL sebagai satu model pusat pengajian tinggi yang berkelas dunia dapat direalisasikan.

Wednesday, February 9, 2011

NOSTALGIA DI HUJUNG SENJA

Kutatap, kujabat, kudakap erat
Tubuh-tubuh berbalut kulit mengeriput
Memutih dari rambut ke janggut
Dapat kurasakan hangatnya setiakawan
Tiga dekad sepakat setekad
Bersama terhumban di padang karang
Tersadai diamuk badai


Ku tatap wajah-wajah teman lama
Ketika mata pudar berkisar mengitar dari meja ke meja
Terasa ada yang tiada
Kutanyakan khaba...r rakan-rakan seangkatan yang tak kelihatan
Si Suto dan Si Noyo, Si Awang dan Si Ujang
Si Dali dan Si Mamat


Katanya
Si Suto hilang tak tahu rimbanya
Si Noyo ghaib entah di mana nisannya


Si Awang sibuk mendulang wang
Mahu jadi jutawan gedongan
Pemilik dagangan bergudang-gudang


Si Mamat tak sempat

Terlalu penat kerja kuat, mahu jadi Yang Berhormat
Sudah empat kali lompat
Belum juga dapat Mana


Si Ujang
Yang dulu memencak-mencak membela keadilan?
Katanya: Si Ujang tak dapat datang
Kini dia berada di seberang
Jalan-jalan cari makan


Bagaimana dengan Si Embong?
Katanya, dia masih berkabung
Menangisi isterinya, Dewi Demokrati
Yang baru mati
Dibelasah hantu pangkah


Apa khabar Si Fatah?
Alhamdulillah, dia tidak berubah
Masih betah berusrah
Pejam dalam al-Fatihah
Celik kembali dengan wa’l-‘asri Mana


Si Dali
Orang kuat yang dulu mendapat pingat
Wira Sakti, Panglima Besi
Katanya, Si Dali uzur lagi
Kencing manis, darah tinggi
Saban minggu ke KBMC


Mana Si Wira?
Aku rindu bicaranya yang selalu menggetar jiwa
Katanya: setelah bersengketa dengan Mamak Bendahara
Si Wira pergi bertapa
di Gua Panjaraga
berguru di Hulu Sungai Bambu
Nanti Wira kan kembali
Dan pasti lebih sakti lagi …..
II

Detik-detik nostalgik
Memecah tawa-tangis printis
Yang lama membeku terbuku
Dalam kelu lidah sejarah


Kutatap wajah-wajah layu
Teman-teman lamaku: mahaguru dan KSU
Pembesar bergelar, figure tersohor


Ingin rasanya aku bertanya
Masihkah kau ingat asal-usulmu?


Anak kampung paling hulu
Merangkak ke gedung ilmu bernama M.U
Diiringi doa orang tua yang bangga
Dibebani harapan warga desa yang sengsara


Mahasiswa pemimpin hari muka
Cendekia dalam pustaka pujangga
Dewasa dalam gelora demo di jalan raya
Akdemia, semangat agama merbah anak desa
Menjadi “ elemen yang sedar dari masyarakat”
Jurubicara umat, penyuara aspirasi rakyat
Kau bangkit bersama mahasiswa menggugat
Pengkhianat dan penjilat
Masih terasa perihnya prasangka, pedihnya telinga
Dituduh penderhaka
Anak muda tak kenang jasa
Mempersenda “Bapak Merdeka”

Peduli apa kata derhaka yang sudah lama hilang bisa
Sejak ternodanya makna
Menjadi senjata penguasa menindas jelata

Membangkang bukan menanggang
Mendebat bukan menjebat 
Ingin rasanya kupinjam suara raksasa
Mendeklarasi derhaka versi kita
Derhaka kita jihad mulia
Dari setia menjadi hamba, biar derhaka demi merdeka
Dari setia seperti Haman, biar derhaka sebagai Musa

Kutatap wajah-wajah istiqamah
Tak tergoyah dek duit berkampit
Tak patah dek kenyit dan gamit si genit

Meski di sini banyak dera dan deritanya

Kita tetap setia
Warga bertaqwa bahagia di bumi derita
Tetapi mewah dengan barakah, meriah dengan ukhuwwah



Dari pita nostalgia memori pagi
Kini kita tiba di senja penuh hiba
Ketika ufuk senja memerah
Tanda mendekatnya saat berpisah
Aku resah dalam gelabah muhasabah
Setitik jasa, selaut dosa


Seakan kulihat malaikat mencatat
Kalimat-kalimat sinis menghiris
Dasar si dungu tak tahu malu
Modal amal sekepal, mengharap untung segunung


Usia senja, menjadi pesara


Bukan masa lega merdeka
Puas melepas, menghempas tugas yang digalas
Ia adalah masa cedera yang cemas
Sisa-sisa nafas di simpangan arah
Husnu’l-khatimah-su’u ‘l-khatimah




Hari kita semakin senja
Segudang agenda tak terlaksana
Mengharap pewaris setia
Penerus cita-cita, penebus kecewa
Tapi, di mana mereka?


Ya Tuhan,
Dengarkan pinta hamba di hujung senja
Seperti dulu Kau perkenan do’a Zakariya
Pengabdi tua meminta putera
Lalu Kau kurniakan Yahya
Sayyida, hasura, nabiyya 


Ya Tuhan,
Berkenan kiranya mencurah kurnia
Seribu Yahya, sepetah Harun, segagah Musa
Menyanggah bedebah media pendusta
Mendaulat agama, memperkasa bangsa

nukilan
Dato Dr. Siddiq Fadzil

Sunday, February 6, 2011

KEBANGKITAN RAKYAT TUNISIA DAN MESIR…..MALAYSIA bila lagi…??????



TUNISIA DAN MESIR

       Situasi politik di timur tengah membuka tirai kalendar 2011 dengan seribu satu makna yang tersurat dan  tersirat.Ini adalalah permulaan lembaran baru situasi politik di rantau itu kebangkitan rakyat Tunisia sehingga berjaya mengguling dan mengusir presidennya zine al-bidine ali sesuatu yang tidak disangkakan oleh sesiapapun. Situasi kebangkitan rakyat Tunisia merebak ke Mesir Sesudah 30 tahun memegang tampuk kuasa Husni Mubarak bagaikan terkesima dengan kebangkitan rakyatnya yang sudah bosan dengan pelbagai masalah dan kebobrokan pemerintahannya yang berpaksikan telunjuk Amerika Syarikat dan merupakan sekutu kuat regim zionis.

Kebangkitan rakyat marhaen di timur tengah merupakan satu lagi contoh kejatuhan satu regim ditangan rakyat. Legasi kebangkitan rakyat ini merupakan semanagat rakyat yang  menjatuhkan regim diktator sebelum ini seperti  Shah di Iran dan Marcos di Filipina.












MALAYSIA

Sesudah lebih 50 tahun memegang tampuk kuasa regim di Malaysia juga  tidak mustahil menerima nasib serupa di Mesir dan Tunisia.Agak sinis juga apabila Mahathir Mohamad dipetik dalam blognya berkata presiden Mubarak harus berundur untuk memulihkan demokrasi di Mesir.Tetapi apakah bekas diktator itu sudah lupa bahawa teriakan rakyat mennyuruhnya meletak jawatan pada lewat 90an dulu tetapi melayu tidak pernah lupa tentang tragedi hitam demokrasi Malaysia pada ketika itu.Adakah layak pemimpin seperti itu memberi komen.



Sama seperti di Mesir dan Tunisia rakyat juga sudah muak dengan retorika pemimpin yang menjanjikan pelbagai perubahan dan ingin membela nasib rakyat.Tetapi apa yang dapat dilihat para pemimpin negara terus dengan sikap memperkayakan diri dan keluarga mereka termasuk isteri yang bersikap lebih sudu dari kuah.Seperti kata Dato’ Seri Anwar Ibrahim kejatuhan Presiden Tunisia juga disebabkan sikap isterinya  yang gilakan kemewahan melampau.

Dengan segala sagala sekatan yang dikenakan terhadap rakyat contohnya seperti ISA dan isu yang lebih dekat dengan mahasiswa iaitu AUKU yang menghalang  kebebasan minda mahasiswa untuk menjadi jurubicara masyarakat. Dengan regim yang ada sekarang menggunakan segala instrumen menekan kebangkitan rakyat tetapi ingat kesabaran rakyat ada had dan dan batasnya jangan sampai rakyat  keluar ke jalan raya menjatuhkan secara memalukan seperti Tunisia dan Mesir.Ini bukan satu ugutan tetapi satu peringatan yang jelas.Kita masih lagi menghormati  sistem demokrasi negara ini tetapi apabila demokrasi sudah dicabuli diperkudakan untuk meneruskan regim yang ada sekarang apa yang hendak rakyat Malaysia tunggu lagi.