Friday, October 28, 2011

Nilai Kebebasan Akademik

          Ahli akademik adalah penting dalam usaha meningkatkan kecemerlangan sesebuah IPT dan membentuk mahasiswa yang berketerampilan untuk menghasilkan modal insan dengan minda kelas pertama.

Sebelum ini warga akademik dikejutkan dengan isu pengantungan tugas pakar perlembagaan Prof. Abdul Aziz Bari yang juga pensyarah kanan Kulliyah Undang-undang UIA dan disiasat oleh Pihak polis dan mungkin akan didakwa.
Kesalahannya cuma "memperbetulkan" tindakan sultan selangor dalam menangani isu DUMC dan JAIS.Dia bercakap atas kapasitinya sebagai seorang ahli akedemik dan pakar perlembagaan.Sepatutnya semua pihak harus mengambil peduli apa yang ditegur oleh akademik bukan menghalangnya dari bercakap.

Kita bukan mahu ahli akedemik pengampu dan pemanipulasi kebenaran sebagai contoh dalam polemik isu Bukit Kepong seorang ahli akedemik yang juga ahli majlis profesor negara telah mengatakan Malaysia tidak pernah dijajah oleh British sedangkan semua kita maklumi bahawa Malaysia adalah sebuah negara bekas tanah jajahan British.Kalau kita tidak pernah dijajah oleh British apa perlu Najib Razak menghadiri persidangan CHOGM di Perth sekarang.

Sebagai mahasiswa kami semua mengharapkan ahli akademik yang mampu merobah dan mencerna pemikiran mahasiswa agar dapat menjadi modal insan yang mampu memberi impak dalam menjadi jurubicara rakyat dan negara.Jangan disekat kebebasan berakedemik,yang salah selamanya salah dan yang betul sampai ke akhirnya betul.