AUKU adalah undang-undang draconian yang dicipta oleh regim Barisan Nasional untuk
meghalang dan menyekat kebangkitan mahasiswa pada era 70an. Sehingga kini
undang-undang ini masih digunapakai untuk menyekat kebebasan mahasiswa walaupun
terdapat beberapa pindaan yang hanya bersifat kosmetik.
.
Pakatan Rakyat secara jelas dalam Buku Jingga ingin
memansuhkan terus AUKU tetapi tindakan MB Kedah dari PAS Azizan Razak secara jelas telah bertindak
menggunakan AUKU terhadap mahasiswa Kolej Universiti Insaniah(KUIN) di bawah pentadbiran Kerajaan
Negeri Kedah yang dikuasai Pakatan Rakyat.
Selaku MB kedah beliau harus sedar bahawa tindakkanya menggunakan
AUKU ini telah menyebabkan janji Pakatan Rakyat untuk
menghapuskan AUKU di dalam Buku Jingga dianggap retorik dikalanganmahasiswa.Walaupun
memerima banyak kecaman dari pelbagai
pihak termasuk dari pimpinan PR sendiri dan gerakan-gerakan mahasiswa Azizan Razak masih bersikap ofensif dalam
menghadapi serangan-serangan tersebut. Azizan telah menunjukkan sikap bebal dan
sombong apabila berhadapan dengan mahasiswa.
Cara dan tindakan Azizan menggunakan AUKU ini adalah satu
penghinaan jelas kepada gerakan mahasiswa secara keseluruhanya. Mahasiswa
adalah golongan cerdik pandai yang pemikiran mereka tidak boleh dijajah
sewenang-wenangnya. Suara mahasiswa jangan dipandang sebelah mata, peranan
mereka harus diiktiraf suara mereka hendaklah di dengar oleh pihak pemerintah.
Mahasiswa adalah golongan yang tiada
kepentingan politik mereka berjuang atas kebenaran dan kebebasan jika Azizan
terus dengan sikap egonya untuk tidak menyelesaikan masalah KUIN ini secara berhemah
jangan terkejut sekiranya mahasiswa
dengaan segala kekuatan yang ada bertindak menjatuh dan memghumban pemimpin ini
dalam PRU 13 nanti. Azizan harus bersedia menerima balasanya terhadap sikap pekak dan tulinya dalalam menengani isu KUIN ini.
Sedarlah wahai Azizan jangan jadi pencacai tua yang menyusahkan orang muda,kalau sudah tidak mampu memikul amanah sebagai pemimpin serahlah saja pada yang lebih layak.



Di UNISEL apa kurngnya? Setelah Datuk Rosti berundur, kini semua pimpinan pengurusan tertinggi UNISEL termasuk Pendaftar merupakan orang2 PAS. Sila SIASAT: (1) apa yang telah mereka lakukan selepas era Datuk Rosti (2) siapa 2-3 prof kangkung yg merupakan org2 UMNO yang menjadi pengipas mereka (3) apa yang mereka lakukan skrg yg tak ubah spt yg dilakukan oleh regim Rosti hingga menghilangkan sokongan ramai kakitangan UNISEL. Mengapa lihat jauh di Kedah semata-mata? Ni di depan mata kenapa tak siasat? Wallahua'lam.
ReplyDelete