Tuesday, May 15, 2012

MERDEKA RAKYAT 284

Biar apapun persepsi  umum tentang perhimpunan  Bersih 3.0 Duduk&Bantah 284 kerana  mesej  yang telah  disampaikan sudah jelas kepada dunia. Perhimpuan kali ini adalah satu lagi simbol keramat kebangkitan bangsa Malaysia.Selepas Bersih 1 dan Besih 2.0 sekali lagi rakyat Malaysia bangkit dengan berani menyatakan hak mereka selapas sekian lama terkonkong dengan demokrasi pincang yang telah diperkosa regim.

Rakyat Malaysia sudah bangun dan  mereka sudah tahu apa hak mereka.Regim tidak boleh lagi mengula-gulakan mereka dengan rasuah-rasuah politik menjelang pilihanraya.Apa yang membuatkan regim lebih takut kali ini adalah disaat semua gula-gula politik sudah ditaburkan di seluruh Malaysia dengan jenama 1 Malaysia. Mereka terkgejut mellihat lautan gelombang  kuning yang membuatkan mereka pening memikirkan apa yang telah terjadi setelah semua yang ada telah dilaburkan.

Golongan muda adalah tunjang kepada pehimpunan kali ini kerana mereka tahu jika mereka tidak bangkit mereka bakal mewarisi sebuah negara yang rosak dan hancur.Bagi mereka sudah tiada masa lagi untuk terus berada dalam regim yang sentiasa memperkudakan segala sistem yang ada untuk terus mengekalkan kuasa.


Kali ini juga kita dapat saksikan  juga bagaimana persaudaraan dan kesepakatan seluruh bangsa Malaysia untuk sama-sama membina tamadun bangsa Malaysia yang baru. Mereka sudah muak dan bosan dengan politik yang sentiasa memperalatkan suku kaum dan warna kulit.Bangsa Malaysia sudah membuktikan mereka sudah punya cita-cita besar untuk mecorak Malaysia baru yang lebih unggul dan dihormati.

Persentankanlah semua cakap-cakap yang datang dari RTM dan Tv3 serta yang sekutu dengannya kerana mereka tahu tahap maksima pembohongan dan putar belit mereka sudah sampai penghujunya. Ayuh seluruh yang bernama rakyat Malaysia kita pugar apa yang telah kita hilang selama ini kerana kita semua adalah rakyat yang sudah MERDEKA !!!

“ jika September 1998 tercetusnya reformasi dan 28 april adalah merdeka rakyat”
Anwar Ibrahim