Sekali lagi seluruh rakyat Malaysia dikejutkan dan digemparkan dengan lakonan lucah regim UMNO-BN. Apakah sudah tidak ada modal lain yang boleh diharapkan untuk menghancurkan kekuatan Anwar Ibrahim. RTM-TV3 sudah mengatakan BN sudah medapat kembali kepercayaan rakyat jadi mengapa perlu desperado sangat melancarkan cerita lucah di ambang Pilihan Raya Sarawak.
Sebagai anak muda yang mengikuti perkembangan politik tanah air saya malu dengan dongeng terbaru yang dicipta Rosmah anak Mansor ini. Inikah permainan politik di alam Melayu Malaysia yang moden ini serta sudah tidak ada idea lainkah untuk menjatuhkan lawan. Skrip yang dicipta Rosmah ini sudah tidak lagi memberahikan golongan muda untuk menontonnya. Pesanan kepada Rosmah belajarlah dari Yusry dan Kabir Bhatia bagaimana untuk mencantikkan jalan ceritanya yang membangkitkan klimaks yang menggemparkan. Rasaya Ariel peterporn pun sanggup membantu Rosmah untuk mendapatkan shoot yang cantik dan menarik.
Sesungguhnya setiap pejuang yang muncul di muka bumi akan diuji dengan dugaan serta fitnah dan tibulasi yang hebat. Mungkin ujian yang menimpa DSAI ini adalah hikmah kepada semua rakyat Malaysia untuk melihat regim yang ada sekarang ini sanggup melakukan apa saja asalkan kuasa kekal ditangan mereka bak kata isteri Rosmah."biar berkecai tulang belulang Putrajaya akan ku Pertahankan" ini adalah amaran yang jelas lagi nyata untuk mengugut siapa saja yang berani menjatuhkan regim ini.
Ayuhlah rakyat Malaysia negara-negara lain sudah melihatkan kepada kita bahawa setiap diktator yang ada akan jatuh jua ditangan rakyat. Hak kita sudah dicabul harta kita sudah dirampas di tangan keparat Rosmah dan Najib. Apakah kita ingin melihat kekejaman dan fitnah yang berlaku di depan mata kita ini berlalu begitu sahaja.
No comments:
Post a Comment